Permainan Berdasarkan Giliran

Muat turun dan main Permainan Berdasarkan Giliran daripada Epic Games Store. Kami menawarkan antara Permainan Berdasarkan Giliran yang terbaik dan mengujakan.

Soalan Lazim Permainan Berdasarkan Giliran

Apa itu permainan berdasarkan giliran?

Permainan video berdasarkan giliran yang membahagikan cara permainan kepada giliran, dengan pemain bermain secara bergilir-gilir. Format cara permainan ini boleh ditemukan dalam permainan strategi, khususnya strategi berdasarkan penggiliran – juga dikenali sebagai permainan TBS – dan permainan taktikal berdasarkan giliran – juga dikenali sebagai permainan TBT. Namun terdapat permainan papan video juga, permainan main perainan, permainan pengembaraan dan genre lain yang menggunakan format permainan ini.

Bolehkah saya bermain permainan berdasarkan giliran dengan rakan?

Ya, anda boleh bermain permainan berdasarkan giliran dengan rakan. Sebenarnya inilah cara terbaik untuk bermain permainan ini. Oleh sebab permainan ini berdasarkan giliran, biasanya permainan ini bukan sahaja menyokong permainan dalam talian, mod permainan setempat dan sofa juga disokong, membolehkan pemain bermain secara bergilir-gilir pada komputer yang sama.

Adakah permainan berdasarkan giliran dengan penciptaan watak?

Ya, terdapat permainan berdasarkan giliran dengan penciptaan watak. Anda juga boleh menemukan sesetengah permainan berdasarkan giliran yang menyokong penciptaan watak kerana permainan berdasarkan giliran ini terdiri daripada pelbagai genre. Permainan main peranan, secara khususnya sering menyertakan penciptaan watak.

Sejauh manakah kepopularan permainan berdasarkan giliran PC?

Permainan PC berdasarkan giliran adalah sangat popular. Sesetengah permainan PC terlaris adalah berdasarkan giliran atau memiliki komponen berdasarkan giliran. Pemain permainan berdasarkan giliran biasanya pasti ada permainan kegemaran yang akan dimainkan dengan kerap. Bermain sebagai pemimpin negara yang cuba meluaskan jajahan ke serata dunia pasti memerlukan masa yang panjang dan perancangan, maka ini menyebabkan tempoh berbulan malah boleh mencapai bertahun-tahun.

Apa itu pertempuran berdasarkan giliran?

Pertempuran berdasarkan giliran melibatkan anda mengawal sebilangan unit di medan tempur, dengan gerakan satu demi satu. Bayangkan pemain Chess yang memilih satu unit di atas papan, menggerakkan unit itu, kemudian menyerahkan papan itu sambil menanti gerakan musuh pula. Anda perlu menunggu. Pertempuran berdasarkan giliran menyamai perkara itu tetapi dengan potensi berbilang gerakan bagi pihak anda sebelum musuh bergerak dengan gaya yang sama.

Permainan berdasarkan giliran dimainkan pada tahap dengan grid, setiap bentuk grid (segi empat sama atau heksagon, biasanya) mewakili satu langkah untuk watak yang anda kawal. Setiap unti akan memiliki beberapa mata yang boleh digunakan yang berkaitan dengan serangan, buf atau gerakan merentasi beberapa grid. Pertempuran berdasarkan giliran melibatkan anda menggerakan watak anda ke posisi pada grid dan kemudian menyerang apabila anda berada di posisi yang diinginkan. Ini mungkin tidak berlaku semasa pusingan yang sama, kerana pergerakan dan serangan adalah terhad. Apabila anda bergerak dan mungkin diserang dengan semua unit anda, anda menamatkan pusingan dan membenarkan musuh anda melakukan perkara yang sama. Pertempuran akan berlaku secara automatik menurut strategi serangan anda. Pemenang pertempuran ialah pihak yang memiliki baki pemain yang paling banyak.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun