Permainan VR

Epic Games Store menawarkan antara permainan VR yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan VR PC yang menyeronokkan dan mengujakan.

Soalan Lazim Permainan VR

Apa itu permainan VR?

Permainan VR dimainkan dengan set kepala realiti maya. Set kepala realiti maya ialah perkakasan istimewa yang bersambung kepada PC. Pemain memakai set kepala ini di kepala, menutupi mata dan telinga mereka. Apabila dipakai, set kepala realiti maya akan melekakan pemain dalam dunia permainan, dengan penglihatan pandangan pertama yang dipaparkan pada skrin dalam set kepala. Set kepala akan menjejaki pergerakan badan pemain, mendayakan pemain bergerak dan melihat di sekeliling persekitaran permainan seolah-olah mereka benar-benar berada di dalam permainan itu. Set kepala VR biasanya disertakan dengan gandingan pengawal jejak gerakan yang membolehkan pemain berinteraksi dengan dunia permainan. Dengan penjejakan ini, pemain boleh melihat posisi pengawal yang dipaparkan dalam permainan, yang mendayakan pemain berinteraksi dengan objek permainan.

Perbezaan bergerak daripada perspektif pandangan pertama berdasarkan monitor dibandingkan dengan titik pandangan realiti maya agak ketara. Permainan VR dibina untuk pemain untuk menjadi sebahagian daripada dunia dalam gaya yang lebih sentuhan dan interaktif berbanding permainan lain. Berjalan, berpusing, menunduk, dan menggerakkan tangan di dunia sebenar akan mencerminkan tindakan yang sama dalam permainan. Ini bermakna mereka boleh menyorok di belakang dinding dengan menunduk di dunia sebenar. Mereka boleh menggerakkan tuil, mengangkat item, mengacukan senjata api dan membaling bom tangan dalam permainan dengan menggerakkan tangan mereka di dunia sebenar.

Oleh sebab interaktiviti ini, tajuk khusus VR biasanya melibatkan banyak objek fizik untuk dimanipulasi oleh pemain. Perkara ini boleh termasuk item untuk dialihkan dan ditindan atau zombi untuk ditangkap dan dipukul.

Keluasan dan skop tajuk VR boleh terdiri daripada penembak zombi pandangan pertama hinggalah permainan strategi yang memerlukan pemain mencapai dan menggerakkan kepingan permainan, serta berada di kokpit trak atau kapal angkasa dan menggerakan kawalan menggunakan tangan anda. Hampir kesemua permainan FPS sesuai dengan tajuk VR, sekiranya diberi sedikit pengubahsuaian.

Adakah terdapat permainan VR yang boleh anda mainkan sambil duduk?

Ya. Pelbagai tajuk yang membenarkan pemain untuk duduk dan bermain. Sesetengah permainan dibina dengan pertimbangan ini, dengan terdapat lokasi seperti di beg jet, kapal angkasa atau kereta. Jika permainan memiliki kawalan dalam dunia itu, seperti tuil atau roda steering, ini mudah dicapai.

Namun pembangun masih belajar untuk mencipta tajuk aksi yang mantap, seperti penembak pandangan pertama, yang boleh and duduk sambil bermain dan masih mendapat pengalaman pelbagai kawalan ketika berdiri dan bergerak untuk diterokai. Kawalan gerakan semua memiliki butang dan kayu bedik, menunduk dan memusingkan diri boleh terikat dengan kawalan tanpa pemain perlu melakukan aksi itu di dunia sebenar.

Adakah terdapat permainan VR yang boleh anda mainkan dengan PC?

Ya. Permainan VR mode bermula sebagai tajuk PC sahaja. Walaupun bilangan persediaan perkakasan bebas PC kini wujud, kebanyakan permainan VR boleh dimainkan pada PC.

Adakah terdapat permainan VR yang boleh saya mainkan dengan papan kekunci dan tetikus?

Ya. Walaupun hampir semua permainan lebih bagus dimainkan dengan kawalan gerakan atau kayu bedik atau joypad. Pemain boleh memainkan permainan menggunakan papan kekunci untuk menggerakan watak di sekitar dunia sebenar. Ada beberapa permainan yang akan menggunakan tetikus untuk mengubah pemilihan menu atau berinteraksi dengan elemen pada skrin, namun pemain tidak akan menggunakan tetikus untuk menggerakkan kepala watak yang menjadikan permainan ini berbeza dengan permainan pandangan pertama. Mereka boleh menggerakan kepala mereka di dunia sebenar.

Adakah saya memerlukan kelengkapan VR untuk bermain permainan ini?

Ini bergantung pada permainan. Sesetengah permainan menyokong persediaan VR dan bukan VR. Tidaklah banyak sangat dan terdapat permainan VR sahaja yang hanya boleh digunakan dengan kelengkapan VR.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun