Artikel

Ikhtisar Mingguan Epic Games: Top Gun hadir ke Battlefield, kemas kini S.T.A.L.K.E.R. 2, LEGO Batman DLC didedahkan, Tambahkan Kingdom Hearts 4 ke senarai hajat, dapatkan Cardpocalypse secara percuma

C
Craig Pearson
21 Ogo 2026

Ikhtisar Mingguan Epic Games | Kingdom Hearts IV | Battlefield 6 🤝 Top Gun | S.T.A.L.K.E.R. 2 DLC | LEGO Batman DLC | Percuma Cardpocalypse 

Kami kembali untuk mengetengahkan beberapa pengumuman, DLC, kemas kini dan banyak lagi minggu ini di Epic Games Store! 

Tambahkan Kingdom Hearts IV ke Senarai Hajat sekarang!

RPG aksi dengan pelbagai watak dan dunia Disney akan kembali pada tahun 2027, dan anda boleh menambahkan permainan ini ke Senarai Hajat sekarang di Epic Games Store.

Main sebagai Sora—dan watak-watak terkenal lain seperti Mickey Mouse, Donald Duck, dan Goofy—yang cuba keluar dari Quadratum. Treler terkini Kingdom Hearts IV mendedahkan bahawa akan ada dunia berdasarkan animasi Coco tahun 2017, sambil mempamerkan segmen tatamain Mickey yang pelbagai. Berseronoklah!

Sekarang ialah masa yang terbaik untuk menelusuri perkara yang terdahulu, dan anda boleh melakukannya dengan panduan lengkap siri ini

Battlefield 6 mencapai status Top Gun dan mengembalikan Wake Island

Kolaborasi yang sempurna sememangnya wujud: Acara pertengahan musim terbaharu Battlefield 6 menampilkan Top Gun: Maverick 2022. Kolaborasi ini membawakan watak dan perkakasan ikonik dari filem ke dalam permainan, dan membina mod permainan berdasarkan pertempuran udara klasik dan kapal pengangkut besar. 

Menurut Electronic Arts: “Terbangkan F/A-81F Super Spectre dan F-74A Seacat, dua jet pejuang dua tempat duduk baharu yang dibina untuk juruterbang dan anggota pembantu mereka. Bertempur di atas langit dalam Top Gun: Carrier Strike dan Gauntlet: Fighter Sweep.”

Apabila bercakap tentang sesuatu yang agak klasik, Wake Island akhirnya tiba di Battlefield 6, bersama tiga peta lain. Pertempuran Pasifik yang berterusan ini menyertakan gudang senjata tentera laut yang baharu untuk peperangan habis-habisan. Bertempurlah di darat, dari udara, dan merentasi lautan.

Acara Battlefield 6 🤝 Top Gun akan berlangsung hingga 15 Sep. 


S.T.A.L.K.E.R. 2: Cost of Hope mnenerokai Chernobyl dengan lebih mendalam

Pek pengembangan besar pertama S.T.A.L.K.E.R. 2 telah dilancarkan pada 20 Ogos. Pembangun GSC mendedahkan: “Konflik berlarutan antara puak utama Zone — Duty dan Freedom — mula memuncak. Apabila ketegangan bertambah dan keamanan antara mereka kian rapuh, nasib Zone terancam.”

Anda masih bermain sebagai Skif, dan puluhan jam kandungan baharu boleh dimainkan bersama permainan utama. DLC ini merangkumi senjata, lokasi, anomali dan mutan baharu. 


S.T.A.L.K.E.R. 2 juga dinaik taraf kepada 2.0, dengan beberapa perubahan besar pada permainan. Grafik telah ditingkatkan, A-Life mempunyai lebih banyak kepelbagaian dan pemahaman yang lebih baik tentang dunia, terdapat beberapa peluncur kesukaran baharu untuk pengalaman yang lebih diselaraskan, lebih banyak senjata dan skop, teropong (!), dan cuaca berkabus yang boleh terwujud dan menyelubungi deria anda. 

Keseluruhan katalog S.T.A.L.K.E.R. tersedia pada jualan murah hingga 31 Ogos 2026.


LEGO Batman: Legacy of The Dark Knight - Mayhem Collection DLC tersedia mulai 18 September

Cetuskan huru-hara di jalanan Gotham City dalam Mayhem Collection. DLC ini termasuk misi kisah baharu yang berkisarkan The Joker dan Harley Quinn melarikan diri dari Arkham Asylum, lantas menjadikan mereka watak yang boleh dikawal. 

Ini paparan pertama seni bagi permainan itu.

Dapatkan Deluxe Edition, atau Peningkatan Deluxe Edition untuk bersedia menghadapi kekacauan. 

Cardpocalypse adalah percuma di Epic Games Store 20 - 27 Ogos 2026

Permainan percuma minggu ini ialah Cardpocalypse! 

Tambah kenalan, main kad, putar belit peraturan, jadi master Mega Mutant Power Pets, dan cuba selamatkan dunia dalam RPG pemain tunggal yang mengisahkan zaman kanak-kanak 90-an ini. Pada hari pertamanya di Dudsdale Elementary, Jess yang berusia 10 tahun, secara tidak sengaja menyebabkan permainan kad koleksi kegemaran semua orang diharamkan, memaksa kanak-kanak untuk meneruskan pertarungan kad mereka secara rahsia. Masalah timbul apabila mutan dari permainan menyerang dunia sebenar, dan kini Jess serta rakan-rakannya perlu menghentikan mereka.


Selamat berseronok! Jumpa lagi minggu hadapan. 

Pautan Berkaitan
Onimusha: Way of the Sword: play the demo, explore the history, and prepare for the Sept 4 release
Onimusha: Way of the Sword: play the demo, explore the history, and prepare for the Sept 4 release
Star Wars Zero Company hands-on: Attack Astromechs, permadeath, and delightfully fatal Rube Goldberg tactics
Star Wars Zero Company hands-on: Attack Astromechs, permadeath, and delightfully fatal Rube Goldberg tactics
College Football 27 brings back Mascot Mashup
College Football 27 brings back Mascot Mashup