Permainan Aksi Pengembaraan
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Aksi Pengembaraan yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Aksi Pengembaraan PC yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Aksi Pengembaraan
Apakah permainan aksi pengembaraan?
Permainan aksi pengembaraan merupakan sebahagian daripada permainan paling popular di dunia. Pemain akan mengawal karakter dengan beberapa kemahiran, keupayaan pergerakan dan akan menyahut cabaran di seluruh permainan. Sesetengah permainan adalah berdasarkan tahap, tetapi ada juga yang berdasarkan genre open-world. Pemain perlu berlawan, melompat, memanjat dan merebut jarah apabila mereka semakin maju mengharungi dunia permainan.
Tiada satu sahaja standard untuk permainan aksi pengembaraan. Permainan sebegini boleh dihasilkan dalam 2D, 3D, ringkas atau dengan pohon karakter kompleks yang mempunyai unsur RPG. Biasanya, pemain merupakan satu-satunya wira sejati permainan. Karakter ini yang mana pengisahan bergantung padanya untuk terus maju ke hadapan, mungkin secara serta paksa, mungkin dipilih oleh takdir atau mungkin ia melakukannya kerana mahu. Pilihan yang mereka buat akan membawa mereka melalui pengembaraan yang epik.
Cabaran yang akan dihadapi pemain ialah campuran teka-teki, pergerakan, pertempuran dan banyak lagi. Pencarian boleh ditambah dengan pencarian sampingan, penerokaan alam, NPC yang memerlukan bantuan atau pemburuan jarah yang mudah. Ini merupakan unsur RPG yang meresap masuk dalam genre, termasuk penyesuaian, statistik, pohon teknikal dan perbualan karakter. Kini, semua genre semakin bercampur-aduk.
Terdapat beberapa genre moden yang boleh diakui sebagai permainan aksi pengembaraan. Soulslike boleh dianggap sebagai permainan aksi pengembaraan. Dunia soulslike yang rumit menyerupai RPG, tetapi soulslike dipenuhi dengan perlawanan, dengan banyak pertempuran bos, jarah dan penerokaan. Permainan seram mandiri berkongsi mekanisme pengembaraan, pengumpulan jarah dan perlawanan dengan genre ini. Permainan Metroidvania lazimnya merupakan permainan aksi pengembaraan 2D, yang mementingkan teka-teki dan penerokaan serta perlawanan.
Jika pemain mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan dan perlu bergantung pada kemahiran fizikal mereka berbanding perkara lain, maka ini mungkin merupakan permainan aksi pengembaraan.
Adakah permainan aksi pengembaraan PC mempunyai cerita yang baik?
Beberapa permainan aksi pengembaraan mempunyai sepasukan penulis yang membina dunia yang perlu diteroka oleh pemain. Daripada kisah pendek yang memerlukan artifak digali keluar dalam makam yang dipenuhi teka-teki sehinggalah permainan pascakiamat, yang mana manusia terlupa akan masa lalu mereka dan makhluk baharu melata di Bumi. Kebanyakan permainan aksi pengembaraan andalan (tent-pole) berusaha untuk mengadakan plot yang baik, karakter yang sukar dilupakan, putar belit plot dan penamat yang memuaskan.
Adakah sesetengah permainan aksi pengembaraan PC mencabar pemain dengan teka-teki atau pagar sesat?
Hampir semua permainan aksi pengembaraan mempunyai teka-teki yang mencabar pemain untuk berfikir dan berusaha untuk keluar daripada situasi tersebut. Sesetengah teka-teki ini merupakan teka-teki logik yang mudah dan boleh ditewaskan dengan berfikir sejenak; teka-teki yang lain pula pada tahap yang boleh diatur semula oleh pemain, seperti mengalihkan tuil yang besar dan menggerakkan platform.
Apakah perbezaan anatra permainan aksi pengembaraan dan permainan main peranan?
Soalan ini tidak mempunyai jawapan yang mutlak. Definisi terbaik ialah permainan aksi pengembaraan akan membenarkan pemain menyahut cabaran fizikal sesuatu tahap, seperti berlari dan melompat, manakala RPG biasanya mempunyai beberapa kaedah untuk digunakan oleh pemain bagi menyelesaikan cabaran. RPG lebih rumit dan akan membenarkan pemain menggunakan perbualan untuk keluar daripada sesuatu masalah.








