Permainan Simulasi
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Simulasi yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Simulasi yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Simulasi
Apakah permainan simulasi PC?
Permainan simulasi meliputi pelbagai genre dan gaya, dengan matlamat mensimulasikan aspek atau berbilang aspek dunia sebenar dalam permainan. Platform PC memiliki sejarah kukuh dengan permainan simulasi, dengan permainan yang memfokuskan mekanik penerbangan yang tepat, aksi ketenteraan yang luas dan pembangunan bandar yang menjadi tunjang utama sejak 1980-an.
Simulasi mahu mewakili dengan tepat subjek yang diberikan, memberikan butiran, kawalan, fizikal, respons dan senario yang boleh dianggap agak sama denga dunia sebenar. Contoh awal bagi ini pada PC termasuklah simulasi penerbangan. Permainan ini membolehkan pemain mengawal kapal terbang dari kokput, mewakili bacaan dan kawalan seolah-olah ini merupakan kenderaan sebenar. Pemain perlu mengambil faktor tentang kelajuan angin, altitud, arah, kapasiti bahan api dan banyak lagi serta mengimbangi kesemua faktor ini bagi memastikan penerbangan yang selamat dan tepat. Kini, simulasi penerbangan boleh menjadi sangat rumit. Ini bukan sahaja kapal terbang atau pesawat yang dibina dengan sangat terperinci, malah dunia dan cara ini menjejaskan penerbangan juga adalah penting. Dengan cuaca dunia sebenar yang tepat dipaparkan dan trafik udara dunia sebenar yang terbang di dunia permainan, pemain telah diketahui membina kokpit dan menggunakan simulasi moden sebagai latihan untuk perkara sebenar. Simulasi penerbangan biasanya direka untuk pemain menetapkan matlamatnya, walaupun sesetengah memberikan misi yang menyamai kerja seorang juruterbang dunia sebenar, seperti penerbangan penumpang antara benua. Ya, juruterbang berpotensi boleh menerbangkan pesawat yang dipenuhi penumpang dari Sydney ke New York ke Los Angeles dalam masa nyata.
Lebih hampir dengan daratan, memandu dan permainan perlumbaan ialah format lain dan merupakan genre simulai yang masih popular. Sama seperti pesawat, kereta boleh memiliki berbilang sistem rumit yang berinteraksi dengan dunia sebenar, dan permainan telah berusaha untuk menyamai perkara ini dengan setepat mungkin selama berdekat lamanya. Biasanya dipersembahkan dalam format perlumbaan, simulasi kereta biasanya memiliki ketepatan kawalan yang sama seperti yang dimiliki oleh kenderaan dunia sebenar. Tayar, gas, brek, gear dan banyak lagi seharusnya diwakili secara tepat. Selain itu, ada juga solekan tepat enjin (termasuk bahan api yang comot di sekitar tangki), pengudaraan pada kenderaan, getah yang tinggi oleh tayar di litar… dan pelbagai lagi.
Namun simulasi juga boleh memiliki skop yang lebih luas. Sekiranya permainan ini tidak dikhususkan kepada satu aspek sahaja (seperti kapal terbang atau kereta kebal), simulasi ketenteraan tidak akan cuba memberikan ketepatan satu demi satu pada semua aspek peperangan. Sebaliknya permainan ini akan menjadikan pertempuran, pergerakan dan taktik lebih nyata. Tidak semestinya semua ini kurang terperinci. Kebanyakan simulasi mil akan memastikan fizik peluru digambarkan dengan cara yang tepat dan penglibatan taktikal akan mengambil kira kemahiran dan pemuatan pasukan individu, bentuk tahap dan cara askar sebenar akan bertindak balas dalam persekitaran amat mencabar. Simulasi kenderaan yang agak tepat lazimnya merupakan sebahagian daripada simulasi ketenteraan tetapi tidaklah pada tahap yang sama seperti simulasi pemanduan atau perlumbaan.
Simulasi pembinaan bandar sangat popular dan mendayakan perancang bandar berpotensi melatih kemahiran mereka tanpa bimbang tentang rusuhan. Bandar boleh memiliki beberapa pemboleh ubah, dengan kebanyakan simulasi bandar mendayakan pemain merancang infrastruktur, yang menyertakan segalanya dari jalan dan lorong untuk dikuasakan dan sistem kumbahan. Walaupun semua ini sangat abstrak, permainan ini masih akan memberikan rasa tentang perkara sebenar yang akan berlaku; menangani kemerosotan yang dibawa oleh manusia dan industri kepada dunia, mengimbangi kebahagiaan dan kemajuan dengan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi merupakan semua aspek yang biasanya dipersembahkan kepada pemain. Berbilang simulasi dijalankan secara serentak memerlukan banyak kemahiran untuk membuat penyeimbangan, yang lazimnya menjadi matlamat utama simulasi pembinaan bandar: untuk mengimbangi sistem dan mencipta bandar yang diurus dengan baik serta memberikan manfaat kepada semua. Ini sangatlah terperinci.
Trend terkini dalam permainan simulasi adalah untuk kerjaya dan hobi untuk disimulasikan. Kini pemain boleh bermain permainan yang melibatkan pemain membina perniagaan perladangan, mengurus tanaman, cuaca, musim, kelengkapan, rantaian bekalan dan banyak lagi. Atau mereka boleh menjalankan perniagaan mekanik kereta serta menanggalkan enjin untuk membaiki. Jadilah pemandu trak atau pengurus bola sepak atau tukang cuci lantai.
Mengapakah permainan simulasi begitu popular?
Keasyikan merupakan sebahagian besar daripada tarikan simulasi. Apabila sesuatu permainan memberikan reaksi secara realistik, ini menjadikan ramai pemain berasa selesa. Bagi sesetengah orang, berjalan-jalan di dalam trak yang direka dengan baik dan benar adalah menenangkan. Dapat mengawal sesuatu dengan baik dalam situasi sedemikian, menghantar barangan antara satu bandar besar ke bandar yang lain, memberi mereka kepuasan melakukan kerja yang baik kerana sim adalah berdasarkan dunia sebenar.
Apakah permainan simulasi kehidupan?
Permainan simulasi kehidupan menumpukan pada manusia untuk simulasi. Pemain akan mencipta karakter yang mempunyai kehidupan dalam dunia permainan. Pemain akan menetapkan sifat, perangai, rupa, matlamat mereka dan banyak lagi serta mencipta rumah atau kejiranan untuk didiami. Walaupun mereka dapat mengawal manusia maya, karakter permainan juga akan bertindak mengikut sifat personaliti yang mungkin tidak dapat dikawal oleh pemain. Tugasan mudah yang ingin anda capai kadangkala menjadi mustahil apabila karakter yang suka mengikut kehendak sendiri memutuskan untuk membuat perkara lain. Ini sebahagian daripada keseronokan permainan simulasi kehidupan.
Pemain yang bermain sebagai pencipta dan arkitek akan cuba mempengaruhi manusia maya untuk memenuhi matlamat mereka sambil mereka dan mereka semula rumah yang mereka diami. Lazimnya, reka bentuk rumah merupakan aspek paling interaktif dalam permainan ini, dengan setiap aspek reka bentuk yang boleh dilihat akan diberikan kepada pemain. Pemain pula harus mencuba dan mencipta ruang yang mengilhamkan dan mengujakan karakter dalam drama petang maya mereka.
Matlamat ini biasanya bersifat tanpa penghujung dan akan berubah sepanjang perkembangan permainan. Karakter maya mungkin ingin menjadi pelukis tetapi kemudiannya terjatuh cinta dan meninggalkan matlamat tersebut untuk membesarkan anak. Mereka mungkin perlu menukar studio seni tersebut menjadi bilik tidur kanak-kanak. Begitulah kehidupan.
Adakah permainan simulasi berguna?
Bergantung pada sim, permainan sebegini boleh jadi sangat berguna. Kebanyakan juruterbang berlatih menggunakan simulasi penerbangan selain daripada latihan dunia sebenar mereka, untuk membiasakan diri dengan kokpit dan pengendalian.
Bolehkah saya bermain permainan simulasi dengan rakan saya?
Ya. Kebanyakan permainan sim boleh dimainkan secara kerjasama atau dalam talian dalam berbilang senario. Pemain boleh terbang bersama-sama, berlumba antara satu sama lain dan juga berkebun bersama-sama.
Bolehkah saya bermain permainan simulasi di luar talian?
Ya, hampir semua permainan simulasi boleh dimainkan di luar talian.







































