Permainan Berbilang Pemain

Muat turun dan main permainan Berbilang Pemain daripada Epic Games Store. Kami menawarkan antara permainan Berbilang Pemain yang terbaik dan paling mengujakan untuk dimainkan bersama rakan atau sesiapa sahaja.

Soalan Lazim Permainan Berbilang Pemain

Apakah itu permainan berbilang pemain?

Permainan video berbilang pemain yang boleh dimainkan lebih daripada satu pemain. Permainan berbilang pemain telah wujud sejak permainan video pertama. Hari ini, permainan berbilang pemain tersedia dalam pelbagai bentuk.

Berbilang pemain setempat membolehkan pemain bermain bersama pada komputer yang sama. Ini boleh dilakukan dengan berbilang pengawal atau dengan pemain yang menggunakan kekunci berbeza pada papan kekunci yang sama. Ada juga permainan berbilang pemain bedasarkan giliran, apabila pemain mengikut giliran pada komputer yang sama untuk bermain permainan. Ini juga dikenali sebagai permainan hotseat. Berbilang pemain dalam talian membolehkan pemain berhubung antara satu sama lain melalui rangkaian kawasan luas seperti Internet atau menerusi rangkaian setempat dan bermain permainan berbilang pemain bersama.

Permainan PC berbilang pemain seronok kerana anda boleh bermain dengan rakan anda atau dengan kumpulan pemain secara rawak yang menikmati permainan dalam talian yang sama.

Adakah saya perlu bersambung dalam talian untuk bermain permainan berbilang pemain?

Tidak, bukan semua permainan berbilang pemain memerlukan sambungan Internet. Berbilang pemain setempat memiliki pemain pada sistem yang sama melalui berbilang pengawal atau permainan hotseat, atau Rangkaian Kawasan Setempat. Walaupun ini sudah tidak lagi popular seperti dahulu, parti LAN melibatkan pemain yang bertemu secara bersemuka dan menyambungkan komputer mereka menerusi rangkaian setempat untuk bermain permainan berbilang pemain.

Adakah terdapat permainan PC berbilang pemain yang percuma?

Ya, ada banyak permainan PC berbilang pemain yang percuma. Anda boleh mencari menerusi Epic Games Store dengan menggunakan label kategori. Dalam hal ini, anda patut menyemak imbas kedai dan memilih label “percuma” dan “berbilang pemain”. Ini ialah pautan kepada permainan berbilang pemain percuma.

Adakah terdapat permainan berbilang pemain kerjasama?

Ya, terdapat permainan berbilang pemain kooperatif atau kerjasama. Permainan ini membolehkan anda bermain melalui permainan bersama-sama rakan sambil anda cuba mencapai matlamat yang sama.

Adakah terdapat permainan dalam talian untuk dimainkan bersama rakan pada komputer yang berlainan?

Terdapat banyak permainan dalam talian yang boleh anda main dengan rakan pada komputer yang berlainan. Cara terbaik untuk menemukan permainan sebegini adalah mencari permainan berbilang pemain dalam talian, kerjasama dalam talian, atau pertandingan dalam talian di Epic Games Store.

Adakah terdapat permainan berbilang pemain dengan sokongan pengawal?

Ya, ada permainan berbilang pemain yang boleh anda main dengan alat kawal permainan. Untuk mencari permainan ini, anda boleh menggunakan label kategori Epic Games Store. Anda patut mencari permainan berbilang pemain dengan sokongan pengawal, permainan kerjasama dengan sokongan pengawal, dan permainan pertandingan dengan sokongan pengawal.

Adakah terdapat permainan PC berbilang pemain untuk pasangan?

Ya, ada permainan PC berbilang pemain untuk pasangan. Bergantung pada jenis permainan yang suka dimainkan bersama oleh pasangan, mereka sepatutnya dapat menemukan permainan yang dicari dengan mencari melalui label berlainan yang tersenarai dalam jawapan di atas.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun