Permainan Parti
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Parti yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain permainan video Parti untuk PC yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Parti
Apakah permainan parti?
Permainan parti ialah permainan video berbilang pemain. Permainan ini boleh dimainkan dalam talian atau secara bersemuka bersama-sama. Permainan parti mempunyai suasana yang kasual, yang mengumpulkan orang yang ingin berseronok sesama sendiri, walaupun dalam permainan yang disertai oleh individu demi kepentingan mereka.
Terdapat pelbagai jenis permainan parti. Sesetengah permainan parti dihasilkan seperti rancangan permainan, yang menghimpunkan pemain dalam satu bilik, atau pun atas sofa yang sama dan menjawab soalan atau melakukan tugasan yang diminta dalam permainan. Pemenang boleh jadi pemain yang menjawab paling pantas atau mendapat markah tertinggi. Lebih seronok mengalahkan orang di sebelah anda apabila anda boleh menunjukkan kemenangan anda.
Terdapat beberapa permainan parti berasaskan permainan mini yang mana setiap pemain mempunyai alat kawalan dan semua orang duduk menghadap satu skrin. Permainan parti yang paling asas ialah permainan perlawanan arena yang melibatkan sebilangan karakter berlawan antara satu sama lain. Dengan kuasa yang unik untuk setiap karakter, pertempuran berbilang orang boleh jadi sangat kacau-bilau. Terdapat beberapa permainan yang mengandungi banyak karakter berlesen untuk dipilih, lantas menambahkan lagi keseronokannya.
Namun, ini bukan sekadar berlawan sahaja. Permainan parti boleh wujud dalam apa-apa tema, seperti memasak hidangan mengarut di dapur atau laluan berhalangan fizik. Sebahagian daripada keseronokan adalah betapa rawaknya sesuatu kemenangan atau kekalahan boleh berlaku dalam keadaan sebegini. Anda fikir anda akan menang dengan mudah, tetapi mengikuti perkembangan pemain lain apabila mereka melakukan segala perkara yang berlainan boleh menyebabkan anda hilang tumpuan apabila anda paling memerlukannya.
Keunikan terkini dalam permainan parti adalah apabila pemain yang terkumpul diberikan peranan pembunuh dan mangsa. Pembunuh mesti merahsiakan identiti mereka sambil melakukan pembunuhan, manakala calon mangsa pula meneka identiti pembunuh tersebut. Sangat seronok untuk bermain permainan sebegini. Mengelirukan mangsa agar mereka menuduh pemain yang tidak bersalah atau meneka pembunuh yang sebenar akan mencuit hati anda.
Adakah terdapat permainan parti PC untuk dimainkan bersama rakan dalam talian?
Ya. Terdapat beberapa permainan parti yang boleh dimainkan dalam talian berbanding secara bersemuka. Permainan deduksi lebih baik dimainkan dalam talian, agar anda boleh merahsiakan tindakan anda.
Apakah yang menyebabkan permainan parti ini menyeronokkan?
Permainan sebegini biasanya dipenuhi dengan rakan dan mengumpulkan rakan untuk bermain permainan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh menunjukkan pengetahuan atau kemahiran anda kepada semua orang. Boleh jadi seronok jika anda menang apabila bermain dengan rakan, tetapi kekalahan juga tidak terasa apabila anda berasa seronok bermain.
Bagaimanakah untuk menemukan permainan parti percuma bagi komputer saya?
Jika sesuatu permainan mempunyai versi percuma yang tersenarai dalam Epic Games Store, anda boleh mencipta akaun dan memuat turun pelancar untuk menambahkan demo pada pustaka permainan anda. Berseronoklah!
Adakah terdapat permainan parti luar talian untuk PC?
Ya. Terdapat segala jenis permainan parti untuk PC, termasuk permainan luar talian.





































