Permainan Angkasa
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Angkasa yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Angkasa PC yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Angkasa
Apa itu permainan angkasa?
Permainan angkasa ialah permainan video yang melibatkan satu pemain atau lebih menerokai angkasa lepas dalam kapal angkasa. Terdapat beberapa jenis permainan angkasa, daripada penembak arked seorang pemain sehinggalah MMO yang rumit, yang merangkumi perisikan korporat dan model ekonomi yang luas selain kapal, tembak-menembak dan penerokaan. Angkasa memang luas!
Kebanyakan permainan angkasa akan memberi anda kawalan terhadap sekurang-kurangnya satu kapal. dengan tempat pemandangan dari dalam kokpit atau dari luar kapal melalui kamera pandangan ketiga. Berada di dalam kapal angkasa sambil kapal terbang menerusi angkasa merupakan pengalaman yang melekakan dan permainan yang paling menarik akan memiliki beberapa kokpit bagi pelbagai kapal.
Kapal mungkin boleh dikawal dengan cara seperti pemainan arked, dengan kapal yang bertindak balas pantas dan mudah dikawal, atau mekanik kawalan ini lebih berdasarkan simulasi, apabila kapal kekurangan geseran dan graviti (biasanya dipanggil “Fizik Newtonian”) akan menjadikan pengawalan kapal suatu cabaran ekstrem yang memerlukan kemahiran dan tumpuan yang tinggi. Sesetengah permainan membenarkan anda memilih sebilangan model kapal untuk memastikan pemain memiliki kawalan pilihan mereka.
Permainan angkasa secara eksklusif merupakan sains fiksyen, yang menawarkan pelbagai skop berkenaan teknologi, jalan cerita dan misi. Kebiasaan utama genre ini ialah keterbukaan permainan, menawarkan kapal permulaan yang lemah dan sejumlah kecil mata wang kepada pemain dan memberi mereka kebebasan untuk memilih laluan mereka sendiri sepanjang permainan. Ini bermakna permainan angkasa biasanya memiliki beberapa kerjaya, kelas untuk dipilih oleh pemain, berserta beberapa jenis kapal. Pilihan penyesuaian akan membolehkan pemain lebih mengawal pengalaman keseluruhan, dengan kapal yang sama memiliki berbilang konfigurasi melalui naik taraf dan tambahan.
Anda boleh menghabiskan masa anda menghantar barangan antara dua planet yang jauh, berterbangan di angkasa dalam pengangkut kargo yang perlahan. Anda juga boleh membina kapal dengan keupayaan perlombongan dan menghabiskan masa anda menggerudi asteroid untuk mendapatkan mineral dan logam berharga. Pertempuran kapal dengan kapal ialah aktiviti utama penting yang boleh dijangkakan oleh pemain bagi permainan angkasa. Perrtempuran di angkasa juga menakjubkan, dengan suasana sains fiksyen yang membolehkan kapal cantik menembak laser ke perisai bercahaya. Semua ini berkemungkinan berlaku pada masa yang sama, dalam sistem yang sama, dengan ramai pemain lain sedang bermain permainan ini mengikut cara mereka.
Kadangkala permainan angkasa memiliki simulasi ekonomi dan politik yang rumit, namun pemain boleh mengambil tahu sedikit atau secara mendalam mengikut kehendak mereka. Anda boleh bermain permainan dengan suasana ini semua atau anda boleh menerokai “meta permainan” yang didayakan oleh setiap sistem. Bekerjasama dengan kumpulan atau kumpulan pemain untuk mengawal atau menggugat keseimbangan, kedua-dua ini merupakan aktiviti bertempoh panjang, kadangkala mengambil masa bertahun-tahun. Atau anda juga boleh menembak saja.
Terdapat ruang terbuka yang kurang untuk dimainkan, biasanya menumpukan pertempuran angkasa. Seperti yang disebut sebelum ini, pertempuran di angkasa merupakan sebahagian daripada permainan open world, yang boleh menjadi tumpuan sesetengah permainan. Permainan ini lazimnya lebih seperti format arked, membolehkan pemain terbang dan menembak dengan kelajuan dan ketepatan ketika pertempuran besar. Misi pula lebih berdasarkan jalan cerita, dengan babak dan kesan yang lebih langsung pada dunia permainan.
Bolehkah saya bermain permainan video angkasa dalam talian?
Ya, daripada permainan ko-op sehingga PVP dan PVE berbilang pemain, bahkan MMORPG gergasi, beberapa permainan angkasa menyokong berbilang pemain dalam talian.
Adakah sesetengah permainan angkasa membolehkan anda menerokai dan mendarat pada planet?
Ya. Sesetengah permainan angkasa membolehkan pemain mendaratkan kapal mereka pada planet dan bulan. Malah ada yang membenarkan pemain keluar dari kenderaan mereka dan meneroka permukaan planet dengan berjalan kaki atau menaiki kereta, mendayakan misi untuk berlaku.
Adakah terdapat permainan angkasa open world?
Ya, ada beberapa permainan. Angkasa, dengan sifat semula jadinya dianggap sebagai open world dan hampir semua permainan angkasa akan membenarkan pemain menerokai sistem suria atau galaksi dengan sedikit had untuk destinasi dan kemajuan mereka.






































