Permainan Seram

Muat turun dan main Permainan Seram daripada Epic Games Store. Kami menawarkan permainan Seram yang paling menarik dan mengujakan untuk dimainkan dalam mod seorang pemain atau dalam talian.

Soalan Lazim Permainan Seram

Apakah itu permainan seram?

Permainan seram biasanya ialah permainan video yang direka untuk menakutkan pemain menerusi pelbagai teknik. Tidak sama seperti kebanyakan genre permainan video, genre permainan seram bukan berdasarkan elemen gaya permainan, sebaliknya ini berdasarkan hasil daripada bermain permainan. Oleh sebab ini, kebanyakan permainan seram sangat bergantung pada naratif dan grafik dan bukannya elemen gaya permainan untuk mencapai matlamat.

Permainan seram boleh dibahagikan kepada lima kategori yang lebih khusus: seram aksi, seram kejutan, seram psikologi, seram balikan dan seram kemandirian.

Adakah terdapat permainan seram yang menakutkan untuk dimainkan bersama rakan?

Ya, permainan seram boleh menjadi lebih seronok apabila dimainkan dengan rakan. Biasanya, permainan seram berbilang pemain dibahagikan kepada beberapa jenis yang berbeza. Ada yang memerlukan anda dan rakan bermain bersama untuk bertahan terhadap sesuatu yang mengerikan, manakala yang lain - biasanya permainan seram songsang asimetri - mempunyai seorang pemain mengambil peranan sebagai antagonis yang menakutkan manakala yang lain cuba bertahan daripada raksasa yang mengejar mereka. Anda boleh melihat permainan seram berbilang pemain yang hebat kami tersedia untuk dimuat turun.

Adakah permainan seram ini menakutkan?

Ya! Lebih seram lebih bagus. Kejutan boleh disampaikan melalui pelbagai teknik termasuk kejutan yang muncul secara tiba-tiba yang dikenali sebagai sergahan, melalui ketakutan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa, ketakutan untuk bersembunyi daripada sesuatu yang anda tidak boleh lawan atau ketakutan untuk dikejar tanpa henti oleh entiti yang mengerikan.

Adakah sesetengah permainan seram PC menawarkan sokongan pengawal?

Ya, seperti yang terdapat pada kebanyakan permainan yang ditemukan dalam Epic Games Store, anda boleh mencari permainan seram yang menawarkan sokongan pengawal dengan memilih tag “Sokongan Pengawal” pada halaman Semak Imbas. Lihatlah permainan seram yang menyediakan sokongan pengawal untuk PC.

Adakah terdapat permainan seram PC untuk Windows?

Ya, terdapat banyak permainan seram PC untuk Windows. Hakikatnya, kebanyakan permainan seram yang ditemukan dalam Epic Games Store akan dijalankan pada PC Windows.

Adakah terdapat permainan seram untuk dimainkan dalam talian?

Ya, kebanyakan permainan seram berbilang pemain boleh dimainkan dalam talian. Anda boleh menemukan permainan ini dalam Epic Games Store dengan menyemak imbas senarai Permainan Seram dan memilih tag berbeza berdasarkan permainan yang anda cari. Tag terbaik untuk menemukan permainan seram yang boleh anda mainkan dalam talian ialah “berbilang pemain”, “kerjasama”, dan “persaingan.” Pastikan anda memilih satu daripada tag ini pada satu-satu masa atau anda akan menggunakan semua tag yang dipilih pada carian anda.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun