Permainan RPG

Muat turun dan main permainan RPG daripada Epic Games Store. Kami menawarkan antara Permainan Main Peranan yang terbaik dan mengujakan.

Soalan Lazim RPG

Apakah itu permainan RPG?

Permainan RPG ialah permainan video berperanan atau secara ringkas, permainan berperanan. Permainan video ini direka untuk meniru pengalaman bermain permainan berperanan di atas meja. Permainan video RPG memiliki pemain yang mengambil peranan watak, mengawal tindakan mereka dalam dunia yang melekakan. RPG biasanya sangat bergantung pada naratif dan pengisahan serta membolehkan pemain untuk membangunkan perwatakan bagi watak yang mereka kawal dari semasa ke semasa sambil mengambil pelbagai misi menerusi tema, setiap satu memajukan kisah ke hadapan.

Terdapat juga beberapa subgenre permainan video, seperti RPG rogue-like, taktikal dan aksi RPG.

Apakah maksud RPG?

RPG bermaksud permainan berperanan.

Adakah Epic Games Store memiliki permainan RPG kerjasama?

Ya, Epic Games Store memiliki permainan berperanan yang boleh anda mainkan bersama. Anda boleh menemukan permainan ini dengan mengklik Semak Imbas dalam kedai permainan dan memilih genre RPG dan tag co-op.

Adakah terdapat permainan RPG dengan penciptaan watak boleh diperibadikan?

Ya, terdapat permainan RPG dengan penciptaan watak boleh diperibadikan. Hakikatnya, kebanyakan RPG menawarkan beberapa bentuk pengubahsuaian watak. Ini boleh semudah memilih kelas yang akan anda mainkan sehingga membolehkan anda mengubah rupa, latar belakang, kisah silam dan perwatakan bagi watak anda.

Apakah itu sistem kelas permainan RPG?

Sistem kelas permainan RPG membahagiakan watak dan latar belakang mereka menjadi kerjaya yang berbeza dana fiksyen permainan itu. Contohnya, permainan berperanan tradisional mungkin memiliki kelas seperti petarung, pencuri dan penyihir.

Adakah terdapat permainan RPG PC untuk pemula?

Ya, terdapat RPG PC yang direka untuk pemula. Kebanyakan RPG direka untuk memperkenalkan kepada pemain secara berperingkat tentang elemen rumit yang berkaitan dengan genre permainan video ini.

Adakah Epic Games Store menawarkan permainan RPG PC?

Ya, Epic Games Store menawarkan pelbagai permainan RPG PC yang percuma. Anda boleh menemukan permainan ini dengan menyemak imbas genre RPG bagi permainan video di kedai dan kemudian mengklik tag “percuma” .

Apakah itu MMORPG?

MMORPG ialah permainan dalam talian berbilang pemain besar-besaran. Ini ialah permainan berperanan dalam talian yang boleh menyokong ratusan malah ribuan pemain pada pelayan yang sama. Permainan ini membolehkan pemain mengembara bersama, malah bertempur sesama mereka di dunia dalam talian.

Apakah jenis permainan RPG yang ada?

RPG memiliki berbilang subgenre.

RPG aksi ialah permainan yang melibatkan tumpuan pemain pada pertempuran. Main peranan sebagai petarung berkuasa, yang boleh berlawan atau tanpa senjata atau menggunakan magis, pemain akan menerokai dunia sebenar yang penuh cabaran dan bertempur dengan berbilang musuh pada satu-satu masa. RPG aksi akan memberi pemain beberapa kelas untuk dimainkan, yang akan menentukan jenis tempur yang akan digunakan. Aspek ini dikenali sebagai binaan, apabila pemain akan lebih menentukan keupayaan watak mereka dengan naik taraf yang boleh didapatkan seperti kemahiran, senjata, perisai dan banyak lagi. Binaan ini boleh menjadi agak terperinci, dengan pemain yang menghasilkan watak yang benar-benar diperibadikan.

RPG taktikal ialah RPG strategi yang melibatkan pemain berkumpul sebagai kumpulan bersama-sama. Kumpulan ini akan memiliki pelbagai jenis kemahiran, kuasa dan senjata serta saling melengkapi ketika pertempuran. Secara umumnya, setiap pertempuran adalah berdasarkan giliran. Pemain akan memilih setiap ahli pasukan dan memilih tindakan seterusnya, untuk mara pada peta, menyerang musuh, melancarkan buf kepada ahli pasukan atau banyak lagi. Kadangkala pergerakan dibuat dengan segera, dalam permainan lain, pergerakan dibuat pada masa yang sama. Serangan akan ditangkis oleh musuh dan anda akan terus mengulangi proses sehingga pertempuran dimenangi atau anda dikalahkan.

RPG naratif ditumpukan pada kisahnya. Ini boleh menjadi kisah permainan dan dunia, dengan pemain sebagai wira yang cuba mewujudkan dunia yang lebih baik untuk semua orang. Ini juga boleh menumpukan kisah peribadi, tentang pemain yang ingin membalas dendam atau menebus kesilapan. Kisah yang dialami oleh pemain sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pilihan yang mereka lakukan dan watak yang mereka pilih. Lazimnya, permainan ini boleh diulangi berkali-kali untuk merasai pengalaman daripada perspektif berbeza dan untuk mempengaruhi kisah dalam pelbagai arah daripada kemajuan permainan yang sebelumnya.

MMORPG boleh terdiri daripada sebarang genre tetapi RPG permainan fantasi lebih lazim, dengan ramai pemain–puluhan, ratusan malah ribuan pemain akan menyertai satu pelayan dan memainkan peranan di dunia itu. Jika RPG naratif boleh dimainkan berbilang kali, MMORPG pula seperti semua orang bermain semua selirat naratif pada masa yang sama. Pemain akan memilih sisi atau puak, kemudian mengambil bahagian dalam pencarian yang membolehkan mereka membuka kunci lebih banyak lagi di dunia ini. Sambil mereka melakukan aktiviti ini, pemain lain juga sama, mengikut rentak dan cara mereka yang tersendiri. Ini boleh menyebabkan pertelagahan antara berbilang puak atau untuk orang yang belum pernah bertemu dan melawan bos bersama-sama. Biasanya ada struktur sosial yang besar untuk membantu pemain bekerjasama. Biasanya sistem ini dipanggil persatuan dan dijalankan oleh pemain yang menyertai menurut peraturan persatuan itu sendiri.

* Harga terendah yang ditawarkan di Epic Games Store dalam 30 hari terakhir sebelum diskaun