Permainan Retro
Epic Games Store menawarkan antara Permainan Retro yang terbaik. Muat turun hari ini dan mula bermain Permainan Retro PC yang menyeronokkan dan mengujakan.
Soalan Lazim Permainan Retro
Apakah itu permainan retro?
Permainan retro yang kadangkala digelar permainan klasik atau otai, merupakan permainan lama dalam apa-apa format yang masih boleh dimainkan hari ini. Tiada rangka masa, gaya atau sistem permainan yang tetap untuk dianggap sebagai permainan retro, tetapi secara umumnya, sebarang permainan yang dikeluarkan sebelum tahun 2000 boleh diterima sebagai retro pada masa ini. Siapa tahu? Mungkin permainan AAA kegemaran anda sekarang akan dianggap sebagai retro pada tahun 2050.
Permainan ini boleh jadi 2D, dengan grafik seni piksel yang ketara pada sistem 8 bit atau 16 bit pada zaman 80-an dan 90-an. Beberapa permainan platform klasik, RPG dan shooter atas ke bawah dibuat dalam gaya itu dan kekal mudah dikenali dan boleh dimainkan sehingga sekarang. Walaupun kelihatan lebih maju dari segi teknologi daripada permainan tersebut, permainan 3D, seperti Unreal 1998, juga boleh dianggap sebagai permainan retro.
Permainan retro boleh dimainkan dengan beberapa cara. Sesetengah permainan PC daripada beberapa dekad lalu masih boleh dimainkan, kerana sentiasa dikemas kini oleh pembangun, penerbit atau pun peminat sendiri yang ingin memastikan permainan kegemaran mereka terus berjalan pada perkakasan moden. Hakikatnya, ada tampung peminat yang dibuat dengan baik sehingga diterima secara rasmi oleh pembangun sebagai kemas kini dan diberikan kepada pemain.
Sesetengah permainan PC yang lama telah dikeluarkan dengan enjin baharu oleh pakar pihak ketiga. Ada juga tajuk yang dikeluarkan pada CD atau DVD tetapi pembangun atau penerbit tidak mahu meneruskan sokongan atas beberapa sebab tertentu. Keluaran semula boleh terdiri daripada permainan asli yang disediakan untuk boleh dimainkan pada sistem moden atau ini versi remaster, mengekalkan gaya permainan asal tetapi mengemas kini grafik dan bunyi.
Emulasi rasmi ialah trend terkini, apabila penerbit bagi permainan konsol yang lebih lama mengeluarkan permainan pada PC atau sistem konsol moden. Ini biasanya fail permainan asal, yang dikeluarkan dengan pelagak agar boleh dimainkan tanpa perkakasan asal. Ini membolehkan pemain yang tiada akses kepada sistem dan media asal (permainan yang dikeluarkan dalam cakera dan kartrij, semuanya boleh rosak), yang mungkin berumur lebih sedekad, untuk lebih mudah bermain permainan klasik atau bahkan permainan yang “hilang”. Termasuklah permainan yang dahulunya eksklusif kepada satu sistem yang kini boleh dimainkan pada mana-mana perkakasan yang menyokong pelagak.
Ringkasannya: permainan retro, permainan lama atau permainan klasik yang merupakan permainan dari generasi lama yang boleh dimainkan hari ini.
Mengapakah permainan retro masih popular?
Permainan retro mewakili banyak perkara. Secara mudahnya, ini cara untuk mereka yang pernah bermain permainan itu ketika permainan mula-mula keluar untuk berhubung semula dengan permainan tersebut. Banyak kenangan permainan yang tercipta ialah pengalaman yang bermakna, dengan merasai semula pengalaman itu akan memberi anda perspektif baharu atau penghargaan yang lebih baik dengan permainan yang pernah dimainkan. Anda juga mungkin sedar bahawa permainan itu tidak sukar seperti dalam ingatan anda. Itu sentiasa merendahkan diri kita.
Permainan ini biasanya masih kekal hebat yang tidak ditelan zaman. Penulisan, seni dan gaya permainan yang bagus dan tidak menjemukan. Anda boleh mendapat RPG klasik dari tahun 90-an dan menikmati permainan ini sama seperti permainan moden, dengan kelebihan bahawa permainan ini akan berjalan sangat lancar pada mana-mana perkakasan.
Bolehkah anda bermain permainan retro dalam talian?
Ya. Sebenarnya, banyak permainan yang dahulunya boleh dimainkan bersama secara bersemuka, dengan pemain yang berkongsi konsol atau bermain bersama pada LAN (sistem permainan yang disambungkan di bilik yang sama) kini boleh dimainkan dalam talian, membolehkan kerjasama berbilang pemain atau permainan versus melalui cara yang tidak pernah dibayangkan pada masa keluaran.







































